Tuesday 6 May 2014

HURUF BA


Carta di bawah menunjukkan sifat-sifat huruf Ba pada kedudukan relatifnya.



Effective area untuk rumah huruf adalah dari tiang hingga ke kedudukaan titiknya. Bagi huruf asas selain huruf tunggal, Ba hanya diwakili oleh satu tiang dan titik di bawahnya. Namun begitu lantainya boleh dipanjangkan dan titik berada pada penghujung lantai di bahagian berlawanan dengan tiang. Titik dan tiang merupakan sempadan rumah huruf bagi Ba.

Manakala untuk Ba tunggal asas, titik pada kedudukan negatif (kotak putih) hanya digunakan dalam kaedah tulisan sebaris bebas (free flow). Manakala apabila ditulis dalam gubahan tertentu umpamanya gubahan 4 segi sama , titik semestinya berada pada kotak positif. Begitu juga sekiranya huruf asas itu dipanjangkan lantainya, kedudukan titik seharusnya dalam kedudukan positif.

Sambungan Huruf

Huruf Ba adalah dari kumpulan huruf yang boleh menyambung dan boleh disambung. Ia boleh disambung terus dari huruf belakang dengan kaedah sambungan terus atau secara sambungan jungkit/julang. Ia juga boleh menyambung kepada huruf di depannya dengan sambungan terus atau sambungan jungkit/julang


Dalam keadaan tertentu, Ba juga boleh menyambung ke huruf depan dengan sambungan jungkit. Sifat sambungan jungkit adalah huruf yang disambung jelas sifat asalnya.

Tidak semua huruf sesuai untuk disambung secara jungkit dari Ba, namun begitu dalam gubahan tertentu, ianya boleh dilakukan. Contoh:


Sambungan yang salah atau mengelirukan kepada huruf Ba ialah bila ianya berlaku pada bahagian atas tiang Ba.

Dengan penggunaan warna berlainan bagi setiap huruf, mungkin kesalahan ini tidak ketara, tetapi apabila warna tunggal digunakan, kesilapan ini amat nyata.

Dalam apa keadaan pun, sifat Ba menerima sambungan adalah pada dasar tiangnya.

CASE STUDY
Perhatikan karya berikut:

Karya ini menggubah perkataan Akbar dalam satu warna. Apabila diperincikan, maka kelihatan huruf Alif ,Kaf, Ba dan Ro yaang saya warnakan hijau. Manakala kotak merah itu adalah penyambung huruf.
Secara bebas, perkataan ini ditulis begini:
Apabila disambung secara sambungan terus dan jungkit, ia akan menjadi begini


Untuk menggubah dalam bentuk rekaletak sebuah segi empat bujur, kedudukan Ro mestilah dipusing ke kanan.

Di sini timbul masalah bagaimana hendak menyambung Ba ke Ro.

Ingat...

Sambungan terus berlaku pada dasar  huruf yang disambung
Sambungan jungkit berlaku pada bahagian bawah huruf yang disambung dan huruf tersebut jelas sifatnya.Sambungan ini hanya berlaku dalam satu satah (datum)

Oleh itu, karya diatas adalah salah kerana membuat sambungan huruf di depan Ba secara jungkit dalam 2 satah di mana satah pertama berlaku sambungan jungkit manakala satah ke dua sambungan tersebut menjadi sambungan terus.

Ada pihak berhujah bahawa sambungan Ba ke Ro adalah sambungan terus apabila dibentangkan kesemua huruf sebagaimana berikut

Ini tidak benar keraana sambungan dari Ba berlaku dari dalam rumah Ba bukan dari luar rumah


PENYELESAIAN

Penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menukar variasi huruf Ba


Maka penyelesaian kepada masalah karya ini adalah seperti berikut:


MASALAH BERBANGKIT

Sesetangah pihak tidak mengiktiraf penggunaan Ba variasi sebegini yang dipanggil mereka sebagai Ba terlungkup. Alasan mereka ialah mereka memartabatkan tulisan jawi, Ba sebegini tidak ada dalam Jawi.

Sebenarnya ada kekeliruan dalam dakwaan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan tulisan jawi/arab? Apakah pemahaman mereka bahawa tulisan jawi itu dari kumpulan khat nasakh dan tuluth atau yang seumpamanya?

Harus difahami bahawa khat yang pelbagai itu adalah seni tulisan yang mempunyai disiplin dan identiti tersendiri. Khat kufi adalah tulisan awal yang digunapakai oleh masyarakat Arab di mana tulisan ini berasal dari evolusi tulisan nabatean dll. Kufi yang awal digunapakai adalah dari keluarga kufi mushafi. Kemudian tulisan ini berkembang mengikut tempat dan waktu sehingga timbul pelbagai keluarga kufi yang lain seperti kufi fatimi dll. Dari kufi , khat arab ini dievolusikan lagi sehingga timbul khat2 yang lain seperti nasakh, tuluth dsb. 

Maka dakwaan pihak yang mengatakan mereka berpegang dan merujuk kepada tulisan jawi agak mengelirukan malah menunjukkan ketidak fahaman mereka tentang seni tulisan arab ini. Cubaan untuk menggugurkan malah mengeji penggunaan huruf asal disebabkan bentuk nya tidak sama dengan huruf "jawi" yang mereka pegang itu adalah sangat tidak beretika kerana kufi tidak sama dengan nasakh/tuluth atau lain2 khat. Kecuali huruf tersebut menimbulkan kekeliruan dengan huruf lain pengguguran huruf tersebut dari digunakan bolehlah diterima.

Setakat yang saya kaji, sekiranya disiplin asal dipegang kukuh, semua huruf asal kufi masih boleh diterima pakai. Tidak perlu mengubah keaslian kufi dek kerana ketidak fahaman sendiri.


Ralat:
Carta ba yang saya upload sebelum ini adalah tersilap, carta yang ada sekarang adalah yang betul. Maaf atas kecuaian saya.



6 comments:

  1. Terima kasih tuan, atas perkongsiannya.

    Saya dan rakan banyak menggunakan ubahsuai huruf 'ba' yang ini juga.

    ReplyDelete
  2. Bijak memilih variasi huruf akan menghasilkan karya yang indah. Teruskan explore pelbagai variasi huruf dan rekabentuk. Terima kasih sudi singgah..

    ReplyDelete
  3. Ini dari pandangan anda..tidak dari pandangan sesetengah pihak..saya mengikuti cara yg menggunakn ba yg mmpunyai tiang pertama,kerna ianya lebih menjelaskan sifat yang asal,dan bg pihak saya,mnjaga hukum positif negatif adalah asas terpenting,tidak akan brlaku kesilapan dalam hal ini bg seorang yg intermediete-expert...apa2pun..kita berlainn mazhab berkufi,jadi,saling menghormati itu pnting walau berlainn pndpt..

    ReplyDelete
  4. tidak kesah mazhab kufi mana yg sdr ikut. Yang penting bagi saya kufi yang asal mesti dipelihara kerana dari kufi baru terbit tulisan2 khat yang lain. Kufi asal bukan kufi 4 segi ini, ia adalah kufi mushafi. Seperti yang saya terangkan di atas, sesetengah pihak mendakwa mereka mengikut tulisan jawi yang asal tetapi mereka blur tentang tulisan jawi asal itu dari keluarga khat yang mana.
    Fahami sejarah penulisan arab baru kita akan faham khat.
    Dalam penerangan saya di atas saya tidak nampak pengabaian hukum positif negatif kerana hukum ini adalah hukum terpenting dalam ciri2 tulisan kufi segi empat.Mungkin saya terlepas pandangan, jika benar tolong tunjukkan di mana pengabaian tersebut berlaku.
    Tahukah anda setiap huruf hijaiyah ada 2 sifat dalam seni tulisannya? Maka pegangan sdr yang mengatakan tiang pertama Ba lebih menjelaskan sifat asal huruf itu bersandarkan kepada seni khat mana dan dari mana kah sumber pegangan itu?

    ReplyDelete
  5. salam..Bagaimana utk sambung ba dan alif bg membentuk perkataan 'batu' supaya nampak square..mohon pertolongan..teroma kasih

    ReplyDelete