Wednesday 16 April 2014

CASE STUDY

Saya ternampak poster ini di facebook:


Saya tidak mengenali siapa pengajar bengkel kufi ini, namun karya-kaya yang termuat dalam poster ini menarik minat untuk dikaji.
Lihat poster di atas, terdapat 4 reka bentuk kufi 4 segi yang dipaparkan. Ayuh, kita lihat satu persatu.

1. 

Terdapat figura yang tidak jelas, maka saya tidak masukkan dalam lakaran semula ini. Dari karya ini dapat dilihat unsur pengulangan yang digunakan. Antara satu komposisi dengan ulangannya tidak dipisahkan dengan ruang negatif, lalu terbentuk satu reka bentuk seumpama satu QR Barcode. Menarik sekali idea ini bagi satu gubahan kufi moden. Secara jelas, gubahan ini dapat dirungkai seperti berikut:


Dan apabila di perincikan lagi, kufi yang dibuat adalah sebagaimana berikut:
Malangnya, tidak ada karakter huruf yang jelas dalam karya ini. Fugura seperti Wau itu mungkin Mim, manakala figura yang terasing itu nampak seolah2 Ya. Kesimpulannya, kufi ini amat mengelirukan dengan karakter huruf dan sambungan huruf yang tidak jelas.

2.
Karakter huruf dalam kufi ini nampak lebih jelas kecuali beberapa huruf yang agak mengelirukan. Ayuh kita perincikan:
Lihat pada huruf berwarna merah. Huruf Ha yang terbaring itu boleh dan jelas dikenali sebagai Ha tetapi karakter Ha yang dipanggil Ha Lapan (Bentuknya seperti nombor 8, atau Ha spek /spek mata) ini sesuai berada di tengah perkataan, bukan di awal perkataan. Namun begitu kesilapan ini bukan lah serius kerana Ha 8 secara baring mudah dikenali sebagai Ha.

Huruf di atas Ha itu tidak dikenali. Mungkin ianya adalah Dal, kerana dalam karya kufi klasik ada kedapatan Dal sebegitu, tetapi kehadiran titik itu menjadikan huruf ini tidak dikenali.

Manakala huruf yang ke tiga pula nampak seperti anatara Lam atau Ro.  Dan huruf terakhir pula mungkin Sod berdasarkan kotak yang panjang itu. Di sebelahnya pula mungkin Qaf dengan titik yang dikesampingkan. Ianya tidak mungkin Wau kerana Wau adalah huruf yang tidak bersambung apabila berada pada kedudukan awal perkataan.

Huruf Ya hujung yang digunakan adalah karakter Ya klasik tanpa titik. Keseluruhannya, kufi ini masih tidak jelas apa yang dituliskan.

3.
Kufi ini dapat dibaca apa yang ditulis , iaitu perkataan Muhammad.Idea menghubungkan 2 perkataan Muhammad yang berada dalam kedudukan berlapis ini sungguh bijak. Apabila gubahan ini dibuat berulang secara horizontal mahu pun secara vertikal, ia boleh membentuk satu bentuk 'border' dan sekiranya diulang2 secara rawak boleh membentuk gubahan wall paper.Namun begitu kaedah sambungan mim ke Ha adalah  tidak tepat kerana ianya berlaku pada bahagian tengah huruf sedangkan sambungan yang benar bagi mim adalah dari dasarnya.
Walau bagaimanapun, sebagai sebuah karya kontemporary, gubahan ini masih boleh diterima.

4.
Perkataan yang ditulis adalah qurani', ianya senang dibaca kerana ada tulisan rumi bersamanya. Sebagai sebuah karya kufi , sambungan Qaf ke Ro adalah salah dan kedudukan serta karakter Ro amat tidak tepat. Manakala Ya Hujung versi klasik itu pula pincang kerana titiknya berada diluar rumah. Penilaian dari segi hukum hakam kufi, karya ini adalah salah. Namun begitu, pengkarya mungkin punya hujah tersendiri bagi membolehkan huruf2 tersebut ditulis sebegitu.

Kesimpulan umum yang saya dapat simpulkan adalah perlanggaran hukum hakam kufi, walaupun dapat melahirkan satu rekabentuk menarik boleh merosakkan karya tersebut di mana ianya tidak dapat dibaca. Apabila sesuatu karya tidak dapat dibaca/ditafsir maknanya, maka karya itu tidak memberi erti. Sekiranya karya itu membawa mesej, mesejnya tidak sampai kerana ketidak boleh bacaannya. (not readable)

Manakala perlanggaran hukum dalam senario tertentu yang tidak merosakkan huruf (kufi 1 - tanpa ruang pemisah, kufi 3 sambungan antara lapisan atas dan bawah ) masih boleh diterima bagi membentuk gubahan yang menarik.








Monday 7 April 2014

ANCIENT SQUARE KUFIC OF MUHAMMAD


The word Muhammad in square kufic with the square lay out found in ancient kufic. 

Note that the connection of the letter Mim to Dal was done at the bottom of Dal  from behind the letter, not from under the letter. There are some new work of Muhammad which connect the two letters from under the letter Dal. this kind of connection is wrong. I have discuss about this here .
However, some people mistakenly or without any knowledge have considered the connection from under the letter Dal was from ancient kufic. For example , this kufic works (below)  was thought as ancient kufic.


I havent found any work like this in ancient kufic. May be this kufic design was done by a caligrapher who do not master the square kufic rules as mentioned by Mr Mamoun Sakkal (read here)