Tuesday 2 September 2014

KUFI MUSHAFI


Kufi Mushafi adalah tulisan awal yang digunakan dalam sistem tulisan arab. Kemudian baru timbul kufi Fatimi dan kufi bersegi (square kufic).
Kufi Mushafi yang asal tidak bertitik, namun begitu setelah sistem titik diperkenalkan ada juga kufi mushafi yang menggunakan titik berbentuk garis seperti tanda bacaan atas dan bawah (fathah dan kasrah)

Berikut adalah contoh2 huruf kufi mushafi:














Tuesday 22 July 2014

KESILAPAN MEMILIH VARIASI HURUF

Contoh ini adalah dari design pada beg Bank Muamalah. kesilapan ketara adalah pemilihan variasi huruf yang salah.
perkataan bank - karakter huruf Ba sebegini (merah) tidak menggambarkan huruf Ba, disamping kaedah penyambungan yang mengelirukan
Perkataan Muamalat - Alif tidak perlu dibengkokkan secara berlebihan  sehingga menggambarkan karakter lain dari alif. Penyelesaian untu alif adalah dengan menukar variasi ain, sebagaimana berikut:

Perkataan Malaysia berhad yang ditulis begini memaparkan kesilapan variasi pada huruf2 yang dimerahkan

 Kesimpulan penilaian saya ialah : dengan mempelbagaikan pilihan variasi huruf, satu rekabentuk kufi yang mantap mampu dibuat, Namun pemilihan variasi huruf secara lewa akan menghasilkan kualiti kufi yang sebagaiman dipaparkan di sini.

Oleh itu apabila berkufi, jangan mudah give up untuk mempelbagaikan penggunaan variasi huruf sehingga satu design yang mantap dapat dibentuk.


Sunday 29 June 2014

Permulaan Ayat dengan Huruf Ba

Kalau kufi klasik, ayat yang bermula dgn Ba mungkin tidak menjadi masalah kerana dalam kufi klasik tiada titik. Tetapi apabila titik d masukkan / digunakan dalam hurf2 hijaiyah, timbul masalah untuk mengekalkan hukum2 kufi.

Ada satu permintaan untuk menulis perkataan Batu secara segi 4. Maaf lambat respon sebab baru perasan ada komen pada entri Ba yang lepas.

Ok, Batu kalau ditulis secara sebaris adalah begini

Kemudian apabila kita cuba menjadikan gubahan ini dalam bentuk segi 4 dengan mengekalkan titik mula pada bahagian kanan, bawah - maka akan perolehi hasil sebegini:-

Bulatan merah itu menunjukkan masalah yang timbul apabila huruf bertitik bawah menjadi huruf permulaan bagi sesuatu karya kufi dalam gubahan segi 4, iaitu akan kedapatan ruang kosong. Dalam kes ini, ruang kosong di sebelah titik Ba.

Kita tahu huruf pertama ialah Ba dan huruf akhir ialah wau. Sedikit kaedah trial n error, kita akan dapat bayangan sebegini-
Berdasarkan bayangan ini, kita cuba penuhkan segi 4 ini dgn huruf2 lain;
Maka dapat kita tuliskan perkataan Batu dalah gubahan segi 4 sama (9x9 bar)

ISU YANG MUNGKIN DIPERTIKAIKAN IALAH:

Gubahan ini tidak bermula pada bahagian  kanan bawah.

Jawapan saya:
 Siapa yang menetapkan setiap kufi mesti bermula pada bahagian kanan bawah ? Tak ada undang2 sebegitu malah untuk mencari di mana titik mula sesuatu karya adalah suatu yang mencabar. Apabila titik mula sudah diketemui, baru lah bermula keseronokan mentafsir seni kufi itu.

Di sini jelas menunjukkan tahap kepentingan antara titik mula dengan aliran huruf (flow).
Titik mula boleh bermula di mana saja, tetapi aliran huruf tidak boleh terputus . Dengan itu kesinambungan ayat dapat di jaga.




Thursday 26 June 2014

Sesuaikah zukhrufah dengan kufi segi empat? Bagaimana dengan tulisan roman? Cuba perhatikan kufi segi 4 yang digubah dalam bentuk zukhrufah secara manipulasi grafik berbanding yang dibentuk secara tradisi iaitu tanpa manipulasi grafik dengan komputer. Ada beza di situ..

Thursday 19 June 2014

Ramadhan yang ditunggu..


                                                         Kufi           : photoshop  (warping)
                                                                             a.i (rotation)
                                                         B/ground  : Cherating dari Sg Baging
                                                         Camera    : HP - note 2

Tuesday 17 June 2014

TYPE OF KUFIC


Obviously this is Fatimi but who know what type of kufic below?

 
???

Sunday 15 June 2014

MY KUFI HISTORY

Tajuk kot org putih, artikel kot melayu hahaha
http://kufiart.blogspot.com/p/mekufi-and-kufi-frens.html
sometime history need to be written earlier before manipulated by those who intend to.

Wednesday 4 June 2014

Hexagon Layout

In ancient kufics, we can find many layout of kufic design. Othe than star layout, the popular layout are hexagon and swastika.

Why are these layout being choosed for the design? There are many elements that influenced the calighrapher in determining the layout for their design. The khats are an expression of sufism. Every layout have their own meaning which are very interesting to study.

The design above is not my original idea. I took the design from a book cover and redraw it with my own colour concept. The original is from here:
#squarekufic

Wednesday 14 May 2014

CASE STUDY - BACKDROP KUFI MAJLIS TILAWAH ALQURAN 2014


Sebagaimana dapat dilihat dalam Majlis Tilawah alQuran kali ke 57 yang disiarkan di TV 1, hiasan backdropnya menggunakan motif kufi segi 4 / square kufi. Ayuh bedah siasa kufi ini:

1.Kufi pada perkataan Majlis Tilawah - saya KIV untuk komen tentang kufi ini

2.Perkataan al Quran

Rajah 1

Tulisan hitam itu adalah sebagaimana yang terdapat pada backdrop manakala tulisan merah itu cadangan pembetulan dari saya. Apa yang salah?
Tidak ada yang salah , cuma proportion huruf alif setinggi 3 bar itu nampak mencacatkan karya ini. Karya ini dibuat dalam ketinggian 5 bar sebaris, oleh  itu amat sukar unuk menyelesaikan masalah apabila kedapatan huruf Ro. Lebih2 lagi apabila Ro bertemu Alif.
Penyelesaian mudah ialah dengan menggunakan ketinggian 7 bar. Saya tidak nampak kekangan kepada keseluruhan rekabentuk ini untuk menggunakan ketinggian 7 bar pada perkataan AlQuran ini, malah dengan ketinggian 7 bar perkataan Alquran lebih menonjol.

Terdapat pihak yang mempertikaikan titik Qaf yang berada disamping kepala Qaf. sebagaimana yang saya terangkan dalam entri yang lepas, effective area sesuatu rumah huruf adalah dari tiang pertama huruf hingga ke titik akhir. Dalam hal ini tidak menjadi kesalahan untuk membuat Qaf sebegini
Rajah 2

Dalam khat2 lain juga dipraktikkan kedudukan titik diluar rumah apabila tulisan itu digubah dalam bentuk tertentu.

Titik Ba berada di bawah Ha
  
                                                                             Rajah 3

Rajah 4
Titik Fa pada Kufuan berada di samping kepala Fa

Saya mengistilahkan golongan ini sebagai pengkarya tadika. Bukanlah bermaksud saya yang hebat, tetapi mereka itu terlalu terkongkong dengan carta huruf.(Maaf istilah ini bukan bermaksud menghina tetapi lebih kepada level keterbukaan minda dalam berkarya)

Sekiranya kita hanya mahir dalam kufi square, tidak bermaksud kemahiran itu selaras dengan ilmu khat. Ilmu khat saling berkait antara jenis2 khat dalam keadaan tertentu disamping mengekalkan disiplin masing2. Contoh dalam 2 khat tutluth di atas, disiplin huruf dari segi rumah dan sambungannya adalah terjaga. Namun begitu dari segi penempatan huruf  agak longgar, lihat pada foto ke 2. Kedudukan Wau pada Walam itu terpisah oleh Lam dan Dal pada Yalid.

Adakah kedudukan ini salah? Tidak!

Syeikh Syamsuddin al-Akfani dalam Irsyad al-Qasid bab “Hasyr al-Ulum mengatakan:
“Khat/kaligrafi adalah ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, letak-letaknya, dan tatacara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Atau apa-apa yang ditulis di atas garis, bagaimana cara menulisnya dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis, 
serta menggubah ejaan yang perlu digubah dan menentukan cara menggubahnya.”

Harus dibezakan antara penulisan secara biasa atau penulisan secara berseni. Amat tidak adil untuk menggunakan kaedah menulis secara biasa dalam menghasilkan suatu karya seni kaligrafi/khat kerana penulisan secara biasa strictly mengikut hukum penulisan manakala tulisan secara berseni lebih mengutamakan gubahan tanpa terlalu melanggar hukum penulisan.

Isu titik di luar rumah:
1.Dalam karya kufi AlQuran pada backdrop tilawah ini, huruf Qaf tidak meletakkan titik di luar rumah, sebaliknya rumah qaf itu adalah variasi kepada Qaf asas. Rumah Qaf adalah dari tiang pertama huruf (paling kanan) hingga ke titik. Diluar dari itu adalah penyambung huruf.

2.Titik Ba pada rajah 3 dan titik Ya pada rajah 4 memang keluar dari rumah, namun kaedah gubahan pada khat tuluth ini tidak memudaratkan untuk meletakkan titik pada kedudukan tersebut.

Seringkali saya tekankan, kaedah tulisan Arab/jawi berbeza dengan kaedah roman di mana dalam tulisan Arab/jawi setiap huruf mestilah disambung untuk membentuk perkataan. Huruf2 yang tidak disambung tidak dikira sebagai perkataan. Contonya untuk mengeja Ayam - Ali Ya Mim. Huruf Alif  memang huruf tidak bersambung pada kedudukan awal tetati huruf Ya dengan Mim mesti bersambung barulah ia menjadi perkataan.

Berbeza dgn tulisan roman, huruf2nya tidak perlu disambung untuk menjadi perkataan.

Oleh itu, dalam kaedah tulisan Arab/jawi ada huruf dan penyambung huruf. Setiap huruf ada had dan sempadan rumahnya.

Contoh titik yang berada diluar rumah dalam khat kufi :
Pada perkataan Ar Rahim, titik Ya berada di luar rumah. Kalau ada pihak yang mengatakan karya ini lulus, bermakna mereka masih kabur dengan rumah huruf.

3.Kufi backdrop kiri dan kanan pengacara

Gambar pada bahagian atas rajah ini adalah lukisan semula dari backdrop tersebut. Apabila diperincikan, ia adalah gabungan perkataan Allah dan Muhammad sebagaimana ditunjukkan dalam gambar pada bahagian bawah rajah ini (merah hitam).

Karya ini sebenarnya dari kumpulan karya2 kufi klasik di mana isu sambungan pada perkataan Muhammad telahsaya sentuh dalam entri yang lalu.

Selain daripada kesalahan pada sambungan Mim ke Dal pada Muhammad, karya ini agak bijak dalam mengabstrakkan gubahannya.

4.


Manakala pada kufi ini, kesilapan yang timbul lebih kepada kaedah penyambungan dan kesesuaian variasi huruf.
Huruf Ya tidak sesuai berada pada garis yangsama dengan huruf lain dalam gubahan sebegini, begitu juga Ha 8 dan Wau. Manakala Huruf nun dan Ta adalah lebih baik digunakan variasi asas kerana gubahan sebegini adalah bebas tanpa terikat kepada disiplin 5 bar atau lain2. Lalu, penggunaan huruf dan sambungan asas adalah lebih baik.


Tuesday 6 May 2014

HURUF BA


Carta di bawah menunjukkan sifat-sifat huruf Ba pada kedudukan relatifnya.



Effective area untuk rumah huruf adalah dari tiang hingga ke kedudukaan titiknya. Bagi huruf asas selain huruf tunggal, Ba hanya diwakili oleh satu tiang dan titik di bawahnya. Namun begitu lantainya boleh dipanjangkan dan titik berada pada penghujung lantai di bahagian berlawanan dengan tiang. Titik dan tiang merupakan sempadan rumah huruf bagi Ba.

Manakala untuk Ba tunggal asas, titik pada kedudukan negatif (kotak putih) hanya digunakan dalam kaedah tulisan sebaris bebas (free flow). Manakala apabila ditulis dalam gubahan tertentu umpamanya gubahan 4 segi sama , titik semestinya berada pada kotak positif. Begitu juga sekiranya huruf asas itu dipanjangkan lantainya, kedudukan titik seharusnya dalam kedudukan positif.

Sambungan Huruf

Huruf Ba adalah dari kumpulan huruf yang boleh menyambung dan boleh disambung. Ia boleh disambung terus dari huruf belakang dengan kaedah sambungan terus atau secara sambungan jungkit/julang. Ia juga boleh menyambung kepada huruf di depannya dengan sambungan terus atau sambungan jungkit/julang


Dalam keadaan tertentu, Ba juga boleh menyambung ke huruf depan dengan sambungan jungkit. Sifat sambungan jungkit adalah huruf yang disambung jelas sifat asalnya.

Tidak semua huruf sesuai untuk disambung secara jungkit dari Ba, namun begitu dalam gubahan tertentu, ianya boleh dilakukan. Contoh:


Sambungan yang salah atau mengelirukan kepada huruf Ba ialah bila ianya berlaku pada bahagian atas tiang Ba.

Dengan penggunaan warna berlainan bagi setiap huruf, mungkin kesalahan ini tidak ketara, tetapi apabila warna tunggal digunakan, kesilapan ini amat nyata.

Dalam apa keadaan pun, sifat Ba menerima sambungan adalah pada dasar tiangnya.

CASE STUDY
Perhatikan karya berikut:

Karya ini menggubah perkataan Akbar dalam satu warna. Apabila diperincikan, maka kelihatan huruf Alif ,Kaf, Ba dan Ro yaang saya warnakan hijau. Manakala kotak merah itu adalah penyambung huruf.
Secara bebas, perkataan ini ditulis begini:
Apabila disambung secara sambungan terus dan jungkit, ia akan menjadi begini


Untuk menggubah dalam bentuk rekaletak sebuah segi empat bujur, kedudukan Ro mestilah dipusing ke kanan.

Di sini timbul masalah bagaimana hendak menyambung Ba ke Ro.

Ingat...

Sambungan terus berlaku pada dasar  huruf yang disambung
Sambungan jungkit berlaku pada bahagian bawah huruf yang disambung dan huruf tersebut jelas sifatnya.Sambungan ini hanya berlaku dalam satu satah (datum)

Oleh itu, karya diatas adalah salah kerana membuat sambungan huruf di depan Ba secara jungkit dalam 2 satah di mana satah pertama berlaku sambungan jungkit manakala satah ke dua sambungan tersebut menjadi sambungan terus.

Ada pihak berhujah bahawa sambungan Ba ke Ro adalah sambungan terus apabila dibentangkan kesemua huruf sebagaimana berikut

Ini tidak benar keraana sambungan dari Ba berlaku dari dalam rumah Ba bukan dari luar rumah


PENYELESAIAN

Penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan menukar variasi huruf Ba


Maka penyelesaian kepada masalah karya ini adalah seperti berikut:


MASALAH BERBANGKIT

Sesetangah pihak tidak mengiktiraf penggunaan Ba variasi sebegini yang dipanggil mereka sebagai Ba terlungkup. Alasan mereka ialah mereka memartabatkan tulisan jawi, Ba sebegini tidak ada dalam Jawi.

Sebenarnya ada kekeliruan dalam dakwaan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan tulisan jawi/arab? Apakah pemahaman mereka bahawa tulisan jawi itu dari kumpulan khat nasakh dan tuluth atau yang seumpamanya?

Harus difahami bahawa khat yang pelbagai itu adalah seni tulisan yang mempunyai disiplin dan identiti tersendiri. Khat kufi adalah tulisan awal yang digunapakai oleh masyarakat Arab di mana tulisan ini berasal dari evolusi tulisan nabatean dll. Kufi yang awal digunapakai adalah dari keluarga kufi mushafi. Kemudian tulisan ini berkembang mengikut tempat dan waktu sehingga timbul pelbagai keluarga kufi yang lain seperti kufi fatimi dll. Dari kufi , khat arab ini dievolusikan lagi sehingga timbul khat2 yang lain seperti nasakh, tuluth dsb. 

Maka dakwaan pihak yang mengatakan mereka berpegang dan merujuk kepada tulisan jawi agak mengelirukan malah menunjukkan ketidak fahaman mereka tentang seni tulisan arab ini. Cubaan untuk menggugurkan malah mengeji penggunaan huruf asal disebabkan bentuk nya tidak sama dengan huruf "jawi" yang mereka pegang itu adalah sangat tidak beretika kerana kufi tidak sama dengan nasakh/tuluth atau lain2 khat. Kecuali huruf tersebut menimbulkan kekeliruan dengan huruf lain pengguguran huruf tersebut dari digunakan bolehlah diterima.

Setakat yang saya kaji, sekiranya disiplin asal dipegang kukuh, semua huruf asal kufi masih boleh diterima pakai. Tidak perlu mengubah keaslian kufi dek kerana ketidak fahaman sendiri.


Ralat:
Carta ba yang saya upload sebelum ini adalah tersilap, carta yang ada sekarang adalah yang betul. Maaf atas kecuaian saya.