Tuesday 22 July 2014

KESILAPAN MEMILIH VARIASI HURUF

Contoh ini adalah dari design pada beg Bank Muamalah. kesilapan ketara adalah pemilihan variasi huruf yang salah.
perkataan bank - karakter huruf Ba sebegini (merah) tidak menggambarkan huruf Ba, disamping kaedah penyambungan yang mengelirukan
Perkataan Muamalat - Alif tidak perlu dibengkokkan secara berlebihan  sehingga menggambarkan karakter lain dari alif. Penyelesaian untu alif adalah dengan menukar variasi ain, sebagaimana berikut:

Perkataan Malaysia berhad yang ditulis begini memaparkan kesilapan variasi pada huruf2 yang dimerahkan

 Kesimpulan penilaian saya ialah : dengan mempelbagaikan pilihan variasi huruf, satu rekabentuk kufi yang mantap mampu dibuat, Namun pemilihan variasi huruf secara lewa akan menghasilkan kualiti kufi yang sebagaiman dipaparkan di sini.

Oleh itu apabila berkufi, jangan mudah give up untuk mempelbagaikan penggunaan variasi huruf sehingga satu design yang mantap dapat dibentuk.