Wednesday 14 May 2014

CASE STUDY - BACKDROP KUFI MAJLIS TILAWAH ALQURAN 2014


Sebagaimana dapat dilihat dalam Majlis Tilawah alQuran kali ke 57 yang disiarkan di TV 1, hiasan backdropnya menggunakan motif kufi segi 4 / square kufi. Ayuh bedah siasa kufi ini:

1.Kufi pada perkataan Majlis Tilawah - saya KIV untuk komen tentang kufi ini

2.Perkataan al Quran

Rajah 1

Tulisan hitam itu adalah sebagaimana yang terdapat pada backdrop manakala tulisan merah itu cadangan pembetulan dari saya. Apa yang salah?
Tidak ada yang salah , cuma proportion huruf alif setinggi 3 bar itu nampak mencacatkan karya ini. Karya ini dibuat dalam ketinggian 5 bar sebaris, oleh  itu amat sukar unuk menyelesaikan masalah apabila kedapatan huruf Ro. Lebih2 lagi apabila Ro bertemu Alif.
Penyelesaian mudah ialah dengan menggunakan ketinggian 7 bar. Saya tidak nampak kekangan kepada keseluruhan rekabentuk ini untuk menggunakan ketinggian 7 bar pada perkataan AlQuran ini, malah dengan ketinggian 7 bar perkataan Alquran lebih menonjol.

Terdapat pihak yang mempertikaikan titik Qaf yang berada disamping kepala Qaf. sebagaimana yang saya terangkan dalam entri yang lepas, effective area sesuatu rumah huruf adalah dari tiang pertama huruf hingga ke titik akhir. Dalam hal ini tidak menjadi kesalahan untuk membuat Qaf sebegini
Rajah 2

Dalam khat2 lain juga dipraktikkan kedudukan titik diluar rumah apabila tulisan itu digubah dalam bentuk tertentu.

Titik Ba berada di bawah Ha
  
                                                                             Rajah 3

Rajah 4
Titik Fa pada Kufuan berada di samping kepala Fa

Saya mengistilahkan golongan ini sebagai pengkarya tadika. Bukanlah bermaksud saya yang hebat, tetapi mereka itu terlalu terkongkong dengan carta huruf.(Maaf istilah ini bukan bermaksud menghina tetapi lebih kepada level keterbukaan minda dalam berkarya)

Sekiranya kita hanya mahir dalam kufi square, tidak bermaksud kemahiran itu selaras dengan ilmu khat. Ilmu khat saling berkait antara jenis2 khat dalam keadaan tertentu disamping mengekalkan disiplin masing2. Contoh dalam 2 khat tutluth di atas, disiplin huruf dari segi rumah dan sambungannya adalah terjaga. Namun begitu dari segi penempatan huruf  agak longgar, lihat pada foto ke 2. Kedudukan Wau pada Walam itu terpisah oleh Lam dan Dal pada Yalid.

Adakah kedudukan ini salah? Tidak!

Syeikh Syamsuddin al-Akfani dalam Irsyad al-Qasid bab “Hasyr al-Ulum mengatakan:
“Khat/kaligrafi adalah ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, letak-letaknya, dan tatacara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Atau apa-apa yang ditulis di atas garis, bagaimana cara menulisnya dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis, 
serta menggubah ejaan yang perlu digubah dan menentukan cara menggubahnya.”

Harus dibezakan antara penulisan secara biasa atau penulisan secara berseni. Amat tidak adil untuk menggunakan kaedah menulis secara biasa dalam menghasilkan suatu karya seni kaligrafi/khat kerana penulisan secara biasa strictly mengikut hukum penulisan manakala tulisan secara berseni lebih mengutamakan gubahan tanpa terlalu melanggar hukum penulisan.

Isu titik di luar rumah:
1.Dalam karya kufi AlQuran pada backdrop tilawah ini, huruf Qaf tidak meletakkan titik di luar rumah, sebaliknya rumah qaf itu adalah variasi kepada Qaf asas. Rumah Qaf adalah dari tiang pertama huruf (paling kanan) hingga ke titik. Diluar dari itu adalah penyambung huruf.

2.Titik Ba pada rajah 3 dan titik Ya pada rajah 4 memang keluar dari rumah, namun kaedah gubahan pada khat tuluth ini tidak memudaratkan untuk meletakkan titik pada kedudukan tersebut.

Seringkali saya tekankan, kaedah tulisan Arab/jawi berbeza dengan kaedah roman di mana dalam tulisan Arab/jawi setiap huruf mestilah disambung untuk membentuk perkataan. Huruf2 yang tidak disambung tidak dikira sebagai perkataan. Contonya untuk mengeja Ayam - Ali Ya Mim. Huruf Alif  memang huruf tidak bersambung pada kedudukan awal tetati huruf Ya dengan Mim mesti bersambung barulah ia menjadi perkataan.

Berbeza dgn tulisan roman, huruf2nya tidak perlu disambung untuk menjadi perkataan.

Oleh itu, dalam kaedah tulisan Arab/jawi ada huruf dan penyambung huruf. Setiap huruf ada had dan sempadan rumahnya.

Contoh titik yang berada diluar rumah dalam khat kufi :
Pada perkataan Ar Rahim, titik Ya berada di luar rumah. Kalau ada pihak yang mengatakan karya ini lulus, bermakna mereka masih kabur dengan rumah huruf.

3.Kufi backdrop kiri dan kanan pengacara

Gambar pada bahagian atas rajah ini adalah lukisan semula dari backdrop tersebut. Apabila diperincikan, ia adalah gabungan perkataan Allah dan Muhammad sebagaimana ditunjukkan dalam gambar pada bahagian bawah rajah ini (merah hitam).

Karya ini sebenarnya dari kumpulan karya2 kufi klasik di mana isu sambungan pada perkataan Muhammad telahsaya sentuh dalam entri yang lalu.

Selain daripada kesalahan pada sambungan Mim ke Dal pada Muhammad, karya ini agak bijak dalam mengabstrakkan gubahannya.

4.


Manakala pada kufi ini, kesilapan yang timbul lebih kepada kaedah penyambungan dan kesesuaian variasi huruf.
Huruf Ya tidak sesuai berada pada garis yangsama dengan huruf lain dalam gubahan sebegini, begitu juga Ha 8 dan Wau. Manakala Huruf nun dan Ta adalah lebih baik digunakan variasi asas kerana gubahan sebegini adalah bebas tanpa terikat kepada disiplin 5 bar atau lain2. Lalu, penggunaan huruf dan sambungan asas adalah lebih baik.


No comments:

Post a Comment