Thursday 21 November 2013

JENIS SAMBUNGAN HURUF


Terdapat dua kaedah penyambungan huruf yang digunakan dalam kufi segi emapt iaitu :-
1.Sambungan terus (bulatan biru)
2.Sambungan cangkuk (bulatan merah)

Sambungan terus ialah sebagaimana tulisan arab/jawi biasa di mana setiap huruf disambung kepada huruf lain pada penyambung di hujung huruf. Dalam kufi segi 4 , penyambung akan sentiasa berada pada petak putih (negatif)

Setiap huruf kufi segi 4 mesti berada dalam ruang positif (hitam) - itu yang dipanggil rumah huruf. Walau dipanjangkan atau ditinggikan, huruf itu mesti berada dalam petak hitam.

Penyambung akan berada selepas kotak hitam terakhir sesuatu huruf.

Sambungan cangkuk digunakan apabila bertemu masalah titik terkeluar dari kotak atau bagi mengekalkan ketinggian aliran (flow) huruf. Juga pada kedudukan rumit bagi sesuatu sambungan biasa, maka sambungan cangkuk digunakan. Dalam kaedah ini kotak penyambung berada di atas kotak hitam terakhir bagi huruf menyambung dan di sambungkan ke dasar huruf yang hendak disambung, sila contoh di atas (bulatan merah). Dalam kes-kes tertentu, ada juga yang menyambung ke sisi huruf ( perbincangan ini kita buat lain kali).

Dengan kaedah cangkuk, huruf yang disambung mestilah terserlah sifat asalnya.

No comments:

Post a Comment