Tuesday 11 February 2014

KENAPA ROSAKKAN SESUATU YANG BETUL

Ramai penggiat kufi dewasa ini menganggap kufi2 lama tidak mengikuti hukum hakam kufi secara tertil. Memang tidak dinafikan, namun begitu kita tidak boleh menafikan bahawa hukum hakam ini telah ada dan bukan sesuatu yang dicipta oleh generasi baru.

Sedihnya, dalam mengimprovasikan kufi silam , ada para penggiat yang mencacatkan lagi sesuatu yang telah betul. Contoh :
Kufi Muhammad ini adalah karya silam yg saya petik dari http://www.kufic.info/design.htm


Manakala karya generasi kini yang saya ketemu di internet adalah seperti berikut:

Sumber: internet
Sambungan Mim ke Ha memang salah kerana penyambungan berlaku ditempat salah. Tetapi perkataan muhammaad ini adalah perkataan lazim yg semua orang kenal, lalu isu salah sambung itu tidak besar. Sementelah karya ini menggunakan ruang yang kecil iaitu 7x7 bar.

Manakala sambungan mim ke dal pada karya silam adalah tepat kerana berlaku pada tempat yang betul iaitu di tepi dasar huruf dal. Penyambung dari Mim juga keluar dari tempat yang betul iaitu pada dasar kiri mim (walaupun sambungan keluar dari atas mim juga diterima, sambungan yang lebih tepat adalah dari dasar)

Berbeza dgn karya baru itu, sambungan mim ke dal berlaku di bawah dal dan ini amatlah salah. Malahan secara visual ia nampak agak lucu kerana menyerupai spanar hidup.

Tidak salah untuk improvise karya lama tetapi janganlah dirosakkan ia.

2 comments:

  1. assalamualaikum..nak tanya, sambungan mim dengan ha tu memang macam tu ke? sebab kalau kita tulis jawi biasa, sambungannya kan dari pangkal kepala, bukan dari hujung kepala. ke memang boleh je sambung macamana pun?

    ReplyDelete
  2. sambungan mim ke ke Ha mengikut kaedah arab atau jawi memang berlaku di bahagian bawah kepala Ha tetapi karya ini adalah karya klasik yang sudah diterima umum. Umum dapat baca bahawa perkataan itu adalah Muhammad, lebih baik karya ini dibiarkan saja begitu. Namun begitu, utk meniru /mengambil pakai kaedah ini amatlah tidak sesuai apabila kita tahu kaedahnya salah. Karya2 silam banyak melanggar hukum.

    ReplyDelete