Saturday, 21 September 2013

KUFI DI DALAM KAABAH - SATU KAJIAN

Kajian kes ke atas Kufi hiasan yang terdapat dalam Kaabah:

Hasil kajian mendapati:-

1.       Kufi ini terdiri dari 2 perkataan sebagai mana ditunjukkan dalam rajah 2 iaitu Muhammad Rasulullah dan La ilaha illallah (rajah 2)

2.       Kufi ini bermula pada penjuru kanan di bahagian atas

3.     Aliran perkataan dalam kufi ini mengarah ke bahagian atas,  tengah-  di mana terdapat 2 kalimah Allah (Rajah 3)

4.      Terdapat perlanggaran hukum positif negative di 2 tempat iaitu pada Lam ,kalimah Allah(1) dan pada Dal dan Ro di kalimah Muhammad(2)-Rujuk Rajah 4.

-Pada kalimah Allah sepatutnya diselaraskan supaya kedua-dua Lam berada pada petak positif. Ini akan menjadikan ukuran Lam pada saiz yang sama dan memberi  kesan yang seimbang.

-Pada Dal dan Ro diperhatikan keperluan meletakkan hujung kepala Ro di petak negative adalah untuk mewujudkan karakter Ro yang lebih jelas. Sekiranya Ro tersebut ditinggikan separas Sin, akan mewujudkan karakter Ro yang tidak mantap. Begitu juga sekiranya direndahkan separas dasar Sin. Manakala dasar Dal dipanjangkan untuk memenuhkan ruang. 

Kesimpulannya, perlanggaran hukum positif negative ini dibolehkan dalam keadaan tertentu seperti  keadaan ini, iaitu bagi menzahirkan karakter huruf yang mantap. Keseluruhannya, bentuk segi empat dan  ruang kosong antara huruf masih terpelihara.

5.       Penyambungan kepada Wau adalah pada lehernya, sebagaimana dalam tulisan Arab/Jawi biasa.(3 –rajah 4)

6.      Bentuk Ha hujung sebagaimana dalam kufi  ini adalah diterima kerana tidak disalah ertikan dengan huruf lain, umpamanya mim awal atau mim tengah (4 – rajah 4)

No comments:

Post a Comment