Kajian kes ke atas Kufi hiasan yang terdapat dalam Kaabah:
Hasil kajian
mendapati:-
1.
Kufi ini terdiri dari 2 perkataan sebagai mana ditunjukkan dalam rajah 2
iaitu Muhammad Rasulullah dan La ilaha illallah (rajah 2)
2.
Kufi ini bermula pada penjuru kanan di bahagian atas
3. Aliran perkataan dalam kufi ini mengarah ke bahagian atas, tengah- di mana terdapat 2 kalimah Allah (Rajah 3)
4. Terdapat perlanggaran hukum positif negative di 2 tempat iaitu pada Lam
,kalimah Allah(1) dan pada Dal dan Ro di kalimah Muhammad(2)-Rujuk Rajah 4.
-Pada kalimah Allah sepatutnya
diselaraskan supaya kedua-dua Lam berada pada petak positif. Ini akan
menjadikan ukuran Lam pada saiz yang sama dan memberi kesan yang seimbang.
-Pada Dal dan Ro diperhatikan
keperluan meletakkan hujung kepala Ro di petak negative adalah untuk mewujudkan
karakter Ro yang lebih jelas. Sekiranya Ro tersebut ditinggikan separas Sin,
akan mewujudkan karakter Ro yang tidak mantap. Begitu juga sekiranya
direndahkan separas dasar Sin. Manakala dasar Dal dipanjangkan untuk memenuhkan
ruang.
Kesimpulannya, perlanggaran hukum positif negative
ini dibolehkan dalam keadaan tertentu seperti keadaan ini, iaitu bagi menzahirkan karakter
huruf yang mantap. Keseluruhannya, bentuk segi empat dan ruang kosong antara huruf masih terpelihara.
5.
Penyambungan kepada Wau adalah pada lehernya, sebagaimana dalam tulisan
Arab/Jawi biasa.(3 –rajah 4)
6. Bentuk Ha hujung sebagaimana dalam kufi
ini adalah diterima kerana tidak disalah ertikan dengan huruf lain,
umpamanya mim awal atau mim tengah (4 – rajah 4)